Selamat Datang

Selamat Datang

Count Down Lawatan

Tentang Kami

Lencana Sekolah


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru, telah direka oleh guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka lahirlah reka bentuk logo Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. Di tengah-tengah lencana adalah obor yang melambangkan penyuluh ilmu pengetahuan. Di bawahnya pula buku yang diumpamakan sebagai sumber ilmu bagi murid-murid untuk menuntut ilmu. Di belakang obor adalah bulatan yang terdiri dari warna-warna pelangi iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah bersempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak didalam kawasan perumahan Taman Pelangi.
Moto “ USAHA JAYA BAHAGIA ” dipilih dengan harapan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini adalah tempat bagi murid-murid berusaha untuk menimba ilmu sehingga mengecapi kejayaan yang cemerlang dan seterusnya akan berbahagia dalam kehidupan. Walaupun moto ini ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam.
SISTEM DEWEY

00 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini mulai dibina pada pertengahan tahun 1986 dan sipa sepenuhnya serta mula digunakan pada 1 julai 1987. Sekolah ini terletak di Jalan Kuning Taman Pelangi, Johor Bahru. Pelajar-pelajar awal sekolah ini terdiri daripada murid-murid lelaki dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senyum (L). Perpindahan pelajar ini disebabkan bangunan dan kawasan sekolah itu telah diambil alih semula oleh Sekolah Menengah Vokasional Bukit Senyum yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Senyum (L) kini telah dijadikan surau. Sekolah Kebangsaan Taman pelangi ini dibina adalah sebagai memenuhi keperluan penduduk setempat. Nama sekolah ini diambil bersempena kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Pelangi.
Bilangan pelajar pada ketika itu ialah 350 orang. Tenaga pengajar yang mengikut berpindah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senyum (L) ke Sekolah Kebangsaan Taman pelangi ialah seramai 10 orang iaitu Puan Rahmah Binti Baba (Guru Besar yang pertama), Puan Hajah Kamariah Binti Ali, Puan Hajah Kamariah Binti Ali, Puan Hajah Ratna Binti Udin, Puan Hajah Asiah Binti Yaacob, Encik Ali Bin Affendi, Encik Yong Kian Wong, Puan Yap Fong Ooi, Puan Agness Tan dan Ustaz Haji Salleh Bin Aloias serta 3 orang kakitangan bukan guru Encik Mohd Isa Bin Haji Ahmad, Encik Razak Bin Rabani dan Puan Fatimah Binti Mohamad.
Bilangan murid sekolah ini semakin bertambah sehingga 820 orang pada tahun 1995 berikutan arahan Jabatan Pelajaran Johor. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah tinggal di kawasan berhampiran Taman Pelangi seperti Polis Depoh, Jalan Yahya Al-Datar, Taman Serene Park, Kuarters TNB, Taman Stulang Darat, Taman Stulang Laut, Berek Istana Pasir Pelangi dan sebahagian anak-anak penduduk Taman Sri Tebrau. Pelajar-pelajarnya terdiri dari kalangan anak-anak Pegawai Kastam, Imegresen, Polis, Tentera, TNB dan lain-lain. Muridnya terdiri dariapad murid lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Mulai tahun 1996 jumlah murid di Sekolah ini semakin berkurangan sehingga sekarang. Faktor kekurangan murid di sekolah ini kerana perpindahan tempat bertugas ibubapa murid. Sebahagian perumahan di kawasan Taman Pelangi dijadikan Kuarters bagi pegawai-pegawai seperti di atas telah berpindah ke tempat lain. Pada masa itu pelajar-pelajar belajar dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Kawasan isekolah berada di alamat JKR 5138, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru. Walaubagaimanapun sebahagian besar kawasan sekolah ini dipenuhi dengan kawasan belukar. Awal pembukaannya sekolah ini adalah sebuah Sekolah kecil, hanya terdiri daripada blok A dan blok B dan mempunyai 18 bilik darjah, sebuah kantin dan garaj kereta. Ketika itu pelajar-pelajar hanya belajar dalam satu sesi sahaja. Apabila murid bertambah, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam dua sesi. Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi telah berkongsi bangunan pada suatu ketika dahulu. Pengurusan pentadbiran dan keceriaan di Sekolah Keluasan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi sentiasa berubah mengikut citarasa dan idea pentadbir dan arahan Kemnterian Pelajaran Malaysia. Tenaga pengajarnya pula sering silih berganti sehingga sekarang. Pada tahun 1992 wujud pula kelas PraSekolah yang mempunyai 25 orang orang murid. Kelas ini merupakan kelas perintis bagi daerah Johor Bahru. Namun begitu perubahan demi perubahan dialami oleh Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. Hasil usaha guru-guru yang terdahulu iaitu pada tahun 1997, maka terbinalah Astaka Seri Harmoni, Bilik Makan Guru, Tangga Pelangi, Dataran Pelangi, Dewan Sri Pelangi dan Anjung Sri Pelangi. Pada tahun 2000 terbinalah sebuah Makmal Komputer yang mengandungi 21 buah komputer dan siap sepenuhnya pada 17 Januari 2005.
Kini Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi semakin mengukir nama. Keceriaan kawasan sekitarnya menjadi daya tarikan. Banyak Bilik Khas diwujudkan seperti Bilik Pemulihan, Bilik Pra Sekolah, Bilik Rawatan, Makmal Sains, Bilik Muzik, Surau, Muzik Tayang, Bilik Perpustakaan, Bilik Alat Bantu Mengajar, Bilik Sukan, Bilik SAC dan Kedai Buku. Semua kemudahan ini disediakan untuk memberi peluang kepada murid berasa seronok dan puas ketika belajar. Mulai 1 Januari 2004 pelajar belajar dalam satu sesi dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar Sekolah Johor. Bilangan murid kini lebih kurang 465 orang, tenaga pengajar seramai 30 orang, 3 orang kakitangan bukan guru, 3 orang pekerja pembersihan dan 2 orang Pengawal Keselamatan. Pelajar-pelajar yang bersekolah di sini terdiri dari anak-anak Polis, Tentera, kakitangan TNB, Kakitangan Istana Pasir Pelangi, Kakitangan Istaba TAB, Kakitangan MPJB dan penduduk setempat.

Rancangan Tahunan 2009

PROGRAM: Program Pusat Sumber 2009
MATLAMAT: Mewujudkan keberkesanan Pusat Sumber kepada murid-murid SKTP.

OBJEKTIF:
i) Membentuk Lembaga Pengawas Perpustakaan yang berdisiplin dan berdedikasi.
ii) melahirkan murid-murid yang berminat membaca.
iii) Melaksanakan prosedur yang berkesan dalam aktiviti Pusat Sumber.

AKTIVITI
DEVELOPMENTAL: i) Perlantikan Lembaga Pengawas
ii) Sumbangan bahan bacaan daripada ibubapa
iii) Mesyuarat Pusat Sumber
iv) Stok Buku Perpustakaan
v) Pengumpulan data NILAM
vi) Keceriaan perpustakaan (Galeri Sejarah)
AKTIVITI
RUTIN: i) Lembaga Pengawas Pusat Sumber
ii) NILAM
iii) Minggu Pusat Sumber
iv) Stok buku perpustakaan
v) Keceriaan perpustakaan
JANGKA MASA: 10 Bulan ( Januari – Oktober 2009 )
SASARAN: Semua murid
KOS: Pusat Sumber
SUMBER KEWANGAN: Peruntukan pihak sekolah (Pusat Sumber)

SUMBER TENAGA: Ketua Panitia, Guru Bahasa, AJK PSS dan murid SKTP.
STRATEGI: i) Mesyuarat AJK
ii) Membuat perancangan aktiviti
iii) Menjalankan aktiviti yang telah dirancang
iv) Perlaksanaan aktiviti
v) Laporan aktiviti
KAWALAN
DAN PENYELIAAN: Guru besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan AJK PSS.
PENILAIAN: Petunjuk prestasi: Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Cara Mengukur: Sambutan dan kerjasama daripada ahli dalam program yang dibuat.

Ahli Jawatankuasa Perpustakaan & Bilik-Bilik Khas

PENGERUSI : HJH. ROKIAH BINTI A. RAHMAN
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI I : EN. MOHANAN A/L GOPALA PILLLAI
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

NAIB PENGERUSI II : PN. HJH. FODZIAH BINTI A. RAHMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PENYELARAS : EN MAD ROSLI BIN SARAAMU

SETIAUSAHA : CIK ROSMAWATI BT. MAHAMOD

AHLI JAWATANKUASA:

PERPUSTAKAAN
1. CIK HASLIZA BINTI MD ISA [ K ]
2. CIK WAN NORAINI BINTI WAN IBRAHIM
3. PN. ROHAIZA BINTI ABD. MAJID

MAKMAL KOMPUTER
1. EN. DONIWADI BIN JEMI [ K ]
2. PN HJH ALICE BINTI A. GHANI
3. SEMUA KETUA PANITIA

PROGRAM NILAM
1. CIK HASLIZA BINTI MD ISA [ K ]
2. SEMUA GURU BAHASA MELAYU
3. SEMUA GURU BAHASA INGGERIS

BILIK TAYANGAN
1. EN. ROSLAN B ARIS [K]
2. PN. NOORFIRDAUS BINTI HUMUMIRI

BILIK ABM / PPSMI
1. CIK ROSMAWATI BINTI MAHAMOD [ K ]
2. PN. ZURAIDAH BINTI HUSSIN

BALAI BACAAN
1. PN. NORULHAYATI BINTI ARIFFIN (K)
2. CIK SITI MARIAM BINTI HAMID

Senarai Nama Pengawas Perpustakaan

Senarai nama pengawas Pusat Sumber mengikut kelas

1 Nik Mohd Hairil Fazmi bin Mahadi 3 Pintar
2 Hafizah bte Luqman 3 Pintar
3 Haizat Danial bin Mohd Saiful 3 Cerdas
4 Miza Nur Nabillah bte Osman 3 Cerdas
5 Mohamad Nur Nasreen bin Othman 4 Pintar
6 Mohd Irfan bin Azman 4 Pintar
7 Ainur Izzati bte Osman 4 Pintar
8 Nur Amirah binti Abdul Halim 4 Pintar
9 Iffa Nabilah bt Baharudin 4 Cerdas
10 Nur Aqillah binti Esham 4 Cerdas
11 Nur Atiqah bte Masnin 4 Cerdas
12 Shree Vivasvan 4 Cerdas
13 Fatin Najihah bte Nordin 5 Pintar
14 NurShahira bt Muhd Rusni 5 Pintar
15 Fatin Nur Syafiqah bt Mohd Saiful 5 Pintar
16 Nur Ezzati Arny bt Ezzuandi 5 Pintar
17 Mohd Hidayat bin Muntaha 5 Cerdas
18 Nur Syafiqa bte Norman 5 Cerdas
19 Muhd Aizat Fadzrin bin Ahmad Basri 6 Pintar
20 M. Ruzaiminizam bin Mohd M.Shafiee 6 Pintar
21 Nurlailatul Syahira bt Abd Razak 6 Pintar
22 Siti Nur Maisarah bte Zulkifli 6 Pintar
23 Muhd Akram bin Alias 6 Cerdas
24 Raja Nur Ain bte Raja Abd Hamid 6 Cerdas

Kumpulan Bertugas Pengawas Pusat Sumber

Hang Tuah
1. Nurlailatul Syahira bt Abd Razak
2. Nur Ezzati Arny bt Ezzuandi
3. Nur Atiqah bte Masnin
4. Mohd Irfan bin Azman
5. Nik Mohd Hairil Fazmi bin Mahadi

Hang Jebat
1. Siti Nur Maisara bte Zulkifli
2. Mohd Hidayat bin Muntaha
3. Shree Vivasvan
4. Ainur Izzati bte Osman
5. Hafizah

Hang Kasturi
1. Muhd Akram bin Alias
2. Nur Syafiqa bte Norman
3. Fatin Najihah bte Nordin
4. Nur Amirah binti Abdul Halim
5. Haizat Danial bin Mohd Saiful

Hang Lekir
1. Raja Nur Ain bte Raja Abd Hamid
2. Muhd Aizat Fadzrin bin Ahmad Basri
3. NurShahira bt Muhd Rusni
4. Iffa Nabilah bt Baharudin
5. Miza Nur Nabilah bte Osman

Hang Lekiu
1. M. Ruzaiminizam bin Mohd M.Shafiee
2. Fatin Nur Syafiqah bt Mohd Saiful
3. Nur Aqillah binti Esham
4. Mohamad Nur Nasreen bin Othman

Carta Organisasi 2009

CARTA ORGANISASI PENGAWAS PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI
2009


PENGERUSI : HJH. ROKIAH BINTI A. RAHMAN
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI I : EN. MOHANAN A/L GOPALA PILLLAI
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM

NAIB PENGERUSI II : PN. HJH. FODZIAH BINTI A. RAHMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

PENYELARAS : EN MAD ROSLI BIN SARAAMUN

SETIAUSAHA : CIK ROSMAWATI BT. MAHAMOD


KETUA PUSTAKAWAN : MOHD AIZAT FADZRIN BIN BASRI


PEN. KETUA PUSTAKAWAN : NUR MAISARAH BTE


BENDAHARI : FATIN NAJIHAH BTE NORDIN

Ikrar Pengawas Pusat Sumber

IKRAR PUSTAKAWAN SEKOLAH

BAHAWASANYA KAMI,
PUSTAKAWAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI,
BERIKRAR,
AKAN MENGAMALKAN SISTEM PENGURUSAN YANG YANG BERKESAN DAN CEKAP.
MELAKSANAKAN TUGAS, DENGAN PENUH BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKUALITI, MEMBINA KERJA SEPASUKAN DAN SEMANGAT KEKITAAN ANTARA WARGA SEKOLAH.
SERTA BERUSAHA MENCAPAI,
KECEMERLANGAN DIDALAM PELAJARAN.

Peraturan Perpustakaan

UNTUK GURU
1. GURU-GURU MESTILAH MEREKODKAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DI DALAM BUKU YANG DISEDIAKAN

2. GURU-GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MESTILAH MENGISI BORANG BACAAN SETIAP BULAN DAN SERAHKAN BORANG ITU KEPADA PENYELARAS PUSAT SUMBER PADA SETIAP AKHIR BULAN

3. SETIAP GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MESTILAH MEMBAWA MURID-MURID KE PERPUSTAKAAN SEMINGGU SEKALI MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN

4. ADALAH TANGGUNGJAWAB GURU UNTUK MEMASTIKAN MURID-MURID MENINGGALKAN PERPUSTAKAAN DALAM KEADAAN YANG BERSIH DAN KEMAS

5. GURU-GURU DIKEHENDAKI MENGISI BORANG SEKIARANYA INGIN MEMINJAM BUKU PERPUSTAKAAN DI DALAM BUKU PEMINJAMAN GURU YANG DISEDIAKAN

6. MURID-MURID TIDAK BOLEH BERADA DI PERPUSTAKAAN TANPA PENGAWASAN GURU

Tentang NILAM

PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah agensi yang amat penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber yang diwujudkan di semua sekolah memerlukan
pengurusan yang cekap dan bersistematik. Laporan Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun telah mencetuskan idea Program Nilam yang dimulakan pada tahun 1998. Berpandukan Program NILAM, sekolah-sekolah digalakkan untuk meningkatkan amalan membaca dengan menjalankan dua tahap aktiviti iaitu Tahap 1 (JAUHARI) dan Tahap 2(Rakan Pembaca).Tugas yang diberi kepada sekolah telah dipertanggungjawabkan kepada Guru Perpustakaandan Media dan Guru Penyelaras NILAM bagi menganalisis data dan Tahap Bacaan Murid.Analisis secara manual dengan pengiraan secara konvensional amat menyukarkan guru tersebut dalam menganalisis data secara cepat dan bersistematik.Perisian e-NILAM yang menggunakan aplikasi MS ACCESS dengan gabungan bahasa pengaturcaraan Visual Basic for Application, memudahkan tugas Guru Penyelaras NILAM dalam menganalisis data Tahap Bacaan Murid secara sistematik dan teratur. Pusat Kegiatan Guru serta Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri hanya mengambil data daripada e-NILAM Versi sekolah kemudian menjalankan proses menggabung data tahap Murid zon PKG masing-masing dan mengemas kini data di peringkat negeri untuk digunakan di BTP.
Keistimewaan e-NILAM
i. Menyimpan data Tahap Bacaan Murid
ii. Menganalisis data setengah tahun (Januari-Jun) dan akhir tahun (Julai-Disember)
iii. Menyenaraikan Murid yang mendapat anugerah bacaan seperti Gangsa, Perak,
Emas dan Nilam
iv. Menganalisis dan menyenaraikan Murid yang mendapat anugerah bacaan mengikut kelas dan sekolah.
v. Menyenaraikan laporan Tahap Bacaan Murid mengikut kelas sepanjang tahun.
vi. Menganalisis dan menyenaraikan Enrolmen Murid setiap sekolah
vii. Menyenaraikan maklumat asas Pusat Sumber Sekolah
viii. Menggabungkan segala data yang telah diperoleh daripada setiap sekolah.
ix. Memudahkan pihak pentadbir sekolah, PKG, BTPN dan BTP dalam membina
laporan Tahap Bacaan Murid.