Selamat Datang

Selamat Datang

Count Down Lawatan

Tentang Kami

Lencana Sekolah


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru, telah direka oleh guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka lahirlah reka bentuk logo Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. Di tengah-tengah lencana adalah obor yang melambangkan penyuluh ilmu pengetahuan. Di bawahnya pula buku yang diumpamakan sebagai sumber ilmu bagi murid-murid untuk menuntut ilmu. Di belakang obor adalah bulatan yang terdiri dari warna-warna pelangi iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah bersempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak didalam kawasan perumahan Taman Pelangi.
Moto “ USAHA JAYA BAHAGIA ” dipilih dengan harapan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini adalah tempat bagi murid-murid berusaha untuk menimba ilmu sehingga mengecapi kejayaan yang cemerlang dan seterusnya akan berbahagia dalam kehidupan. Walaupun moto ini ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam.
SISTEM DEWEY

00 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN

Peraturan Perpustakaan

UNTUK GURU
1. GURU-GURU MESTILAH MEREKODKAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DI DALAM BUKU YANG DISEDIAKAN

2. GURU-GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MESTILAH MENGISI BORANG BACAAN SETIAP BULAN DAN SERAHKAN BORANG ITU KEPADA PENYELARAS PUSAT SUMBER PADA SETIAP AKHIR BULAN

3. SETIAP GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS MESTILAH MEMBAWA MURID-MURID KE PERPUSTAKAAN SEMINGGU SEKALI MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN

4. ADALAH TANGGUNGJAWAB GURU UNTUK MEMASTIKAN MURID-MURID MENINGGALKAN PERPUSTAKAAN DALAM KEADAAN YANG BERSIH DAN KEMAS

5. GURU-GURU DIKEHENDAKI MENGISI BORANG SEKIARANYA INGIN MEMINJAM BUKU PERPUSTAKAAN DI DALAM BUKU PEMINJAMAN GURU YANG DISEDIAKAN

6. MURID-MURID TIDAK BOLEH BERADA DI PERPUSTAKAAN TANPA PENGAWASAN GURU