Selamat Datang

Selamat Datang

Count Down Lawatan

Tentang Kami

Lencana Sekolah


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru, telah direka oleh guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka lahirlah reka bentuk logo Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. Di tengah-tengah lencana adalah obor yang melambangkan penyuluh ilmu pengetahuan. Di bawahnya pula buku yang diumpamakan sebagai sumber ilmu bagi murid-murid untuk menuntut ilmu. Di belakang obor adalah bulatan yang terdiri dari warna-warna pelangi iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah bersempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak didalam kawasan perumahan Taman Pelangi.
Moto “ USAHA JAYA BAHAGIA ” dipilih dengan harapan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini adalah tempat bagi murid-murid berusaha untuk menimba ilmu sehingga mengecapi kejayaan yang cemerlang dan seterusnya akan berbahagia dalam kehidupan. Walaupun moto ini ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam.
SISTEM DEWEY

00 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN

Tentang NILAM

PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah agensi yang amat penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber yang diwujudkan di semua sekolah memerlukan
pengurusan yang cekap dan bersistematik. Laporan Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun telah mencetuskan idea Program Nilam yang dimulakan pada tahun 1998. Berpandukan Program NILAM, sekolah-sekolah digalakkan untuk meningkatkan amalan membaca dengan menjalankan dua tahap aktiviti iaitu Tahap 1 (JAUHARI) dan Tahap 2(Rakan Pembaca).Tugas yang diberi kepada sekolah telah dipertanggungjawabkan kepada Guru Perpustakaandan Media dan Guru Penyelaras NILAM bagi menganalisis data dan Tahap Bacaan Murid.Analisis secara manual dengan pengiraan secara konvensional amat menyukarkan guru tersebut dalam menganalisis data secara cepat dan bersistematik.Perisian e-NILAM yang menggunakan aplikasi MS ACCESS dengan gabungan bahasa pengaturcaraan Visual Basic for Application, memudahkan tugas Guru Penyelaras NILAM dalam menganalisis data Tahap Bacaan Murid secara sistematik dan teratur. Pusat Kegiatan Guru serta Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri hanya mengambil data daripada e-NILAM Versi sekolah kemudian menjalankan proses menggabung data tahap Murid zon PKG masing-masing dan mengemas kini data di peringkat negeri untuk digunakan di BTP.
Keistimewaan e-NILAM
i. Menyimpan data Tahap Bacaan Murid
ii. Menganalisis data setengah tahun (Januari-Jun) dan akhir tahun (Julai-Disember)
iii. Menyenaraikan Murid yang mendapat anugerah bacaan seperti Gangsa, Perak,
Emas dan Nilam
iv. Menganalisis dan menyenaraikan Murid yang mendapat anugerah bacaan mengikut kelas dan sekolah.
v. Menyenaraikan laporan Tahap Bacaan Murid mengikut kelas sepanjang tahun.
vi. Menganalisis dan menyenaraikan Enrolmen Murid setiap sekolah
vii. Menyenaraikan maklumat asas Pusat Sumber Sekolah
viii. Menggabungkan segala data yang telah diperoleh daripada setiap sekolah.
ix. Memudahkan pihak pentadbir sekolah, PKG, BTPN dan BTP dalam membina
laporan Tahap Bacaan Murid.