Selamat Datang

Selamat Datang

Count Down Lawatan

Tentang Kami

Lencana Sekolah


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru, telah direka oleh guru-guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka lahirlah reka bentuk logo Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi. Di tengah-tengah lencana adalah obor yang melambangkan penyuluh ilmu pengetahuan. Di bawahnya pula buku yang diumpamakan sebagai sumber ilmu bagi murid-murid untuk menuntut ilmu. Di belakang obor adalah bulatan yang terdiri dari warna-warna pelangi iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah bersempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak didalam kawasan perumahan Taman Pelangi.
Moto “ USAHA JAYA BAHAGIA ” dipilih dengan harapan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi ini adalah tempat bagi murid-murid berusaha untuk menimba ilmu sehingga mengecapi kejayaan yang cemerlang dan seterusnya akan berbahagia dalam kehidupan. Walaupun moto ini ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang mendalam.
SISTEM DEWEY

00 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN

Rancangan Tahunan 2009

PROGRAM: Program Pusat Sumber 2009
MATLAMAT: Mewujudkan keberkesanan Pusat Sumber kepada murid-murid SKTP.

OBJEKTIF:
i) Membentuk Lembaga Pengawas Perpustakaan yang berdisiplin dan berdedikasi.
ii) melahirkan murid-murid yang berminat membaca.
iii) Melaksanakan prosedur yang berkesan dalam aktiviti Pusat Sumber.

AKTIVITI
DEVELOPMENTAL: i) Perlantikan Lembaga Pengawas
ii) Sumbangan bahan bacaan daripada ibubapa
iii) Mesyuarat Pusat Sumber
iv) Stok Buku Perpustakaan
v) Pengumpulan data NILAM
vi) Keceriaan perpustakaan (Galeri Sejarah)
AKTIVITI
RUTIN: i) Lembaga Pengawas Pusat Sumber
ii) NILAM
iii) Minggu Pusat Sumber
iv) Stok buku perpustakaan
v) Keceriaan perpustakaan
JANGKA MASA: 10 Bulan ( Januari – Oktober 2009 )
SASARAN: Semua murid
KOS: Pusat Sumber
SUMBER KEWANGAN: Peruntukan pihak sekolah (Pusat Sumber)

SUMBER TENAGA: Ketua Panitia, Guru Bahasa, AJK PSS dan murid SKTP.
STRATEGI: i) Mesyuarat AJK
ii) Membuat perancangan aktiviti
iii) Menjalankan aktiviti yang telah dirancang
iv) Perlaksanaan aktiviti
v) Laporan aktiviti
KAWALAN
DAN PENYELIAAN: Guru besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan AJK PSS.
PENILAIAN: Petunjuk prestasi: Minat dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Cara Mengukur: Sambutan dan kerjasama daripada ahli dalam program yang dibuat.